Monday 19 March 2012

PANDUAN KURSUS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, SABAH


PANDUAN KURSUS
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, SABAH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA KURSUS
Kokurikulum-Unit Beruniform 1 (BSMM)
KOD KURSUS
WAJ 3110
KREDIT
1 (0+1)
JAM KONTAK
30
SEMESTER
3

  1. Sejarah Unit Beruniform (2 Jam)
·         Sejarah Pengasas
·         Sejarah Penubuhan
·         Sejarah Penubuhan di Malaysia
·         Tujuan penubuhan
  1. Struktur dan Organisasi Pertubuhan (2 Jam)
·         Struktur & Organisasi peringkat antarabangsa
·         Struktur & Organisasi peringkat  kebangsaan/negeri/daerah/IPG
·         Struktur & Organisasi Peringkat sekolah &Kumpulan


  1. Perlembagaan Pertubuhan (2 Jam)
·         Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan
·         Perlembagaan Pertubuhan
·         Lambang,cogan kata, lagu dan bendera pertubuhan
  1. Pengurusan dan Pentadbiran (4 Jam)
·         Pendaftaran ahli & kumpulan
·         Kuasa Pengajur
·         Struktur Unit
·         Pengurusan Folio/buku log/laporan aktiviti
·         Tanggungjawab pemimpin
·         Pakaian Seragam ahli & pemimpin
·         Takwim & Rancangan aktiviti
·         Anugerah & penilaian
  1. Disiplin dan Kerohanian ( 4Jam)
·         Persetiaan dan Undang-undang Pertubuhan
·         Lagu-lagu Patriotik & Pertubuhan
·         Doa-doa & kata-kata hikmah
  1. Asas Pertolongan Cemas ( 6 Jam)
·         Tujuan & Prinsip PC
·         Anduh & Balutan
·         Merawat luka, gigitan
·         Melecur,pitam,patah
·         Keracunan, terseliuh
·         Pemulihan pernafasan
  1. Asas Kawad Kaki (4 Jam)
·         Kawad Kaki
·         Bahasa Hukuman
·         Pergerakan & Formasi Kawad


  1. Istiadat (2 Jam)
·         Istiadat Perhimpunan
·         Istiadat Melantik
·         Istiadat Meningkat Naik
·         Istiadat Penyampaian lencana
·         Istiadat Bendera
  1. Orientasi Kurikulum UB di Sekolah Rendah( 4 Jam)
·         Program UB di sekolah rendah
·         Merancang program
·         Program jangka pendek dan panjang
·         Skim latihan
·         Refleksi Mikro Kokurikulum
·         Pesanan,galakan dan motivasi
·         Cintakan pertubuhan sukarela
           

Penilaian          :    
                                                      i.        Ujian Bertulis            /Tugasan        :          40%
                                                    ii.        Portfolio                                  :          30%
                                                   iii.        Aktiviti            Perkhemahan          :          20%
                                                   iv.        Sahsiah                                  :          10%

CARTA ORGANISASI UBF BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2011


CARTA ORGANISASI UBF BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2011

PENAUNG                                        :           PN.RUJINAH BINTI MIKI
(Pengarah IPGK Keningau)

PENASIHAT                                     :           EN. BAHAROM BIN MOHD NOOR
(Timbalan Pengarah IPGK Keningau)
EN. RICHARD KAJIM
(Ketua Unit Kokurikulum IPGK Keningau
EN. ISMAIL BIN THANI
(Penyelaras Unit Beruniform IPGK Keningau)

KETUA PENSYARAH PENASIHAT   :    USTAZ MISRI BIN HAJI BOHARI     

PENSYARAH PENASIHAT                 :     EN. CHANTHIRASEKAR A/L KARPAN
EN. MAZLAN BIN NGAH
EN. RONALD YUSRI BATAHONG
EN. JAUSIP @JOSEPH YABAI
EN. BOSTANOORDIN BIN AHMAD
EN. JUNAIDI @ PATRICK JAIR
CIK. FAZLIATON BINTI AHMAD

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI BSMM

PENGERUSI                                    :           GEOFFREY LIM FU CHIEN
TIMBALAN PENGERUSI               :           SU SIN TING
SETIAUSAHA                                  :           MOHAMMAD HIDAFI BIN JEFFREY
BENDAHARI                                     :           ROSNAINI BINTI MOHD RAPI


AJK KECIL

AJK PERHIMPUNAN                     :           WONG LI YANG
AJK KAWAD KAKI                          :           AZROY TAIPOI
AJK AKTIVITI                                    :           FAZLINA BINTI FAIZAL
AJK DOKUMENTASI                      :           HANI SHAFINIE BINTI BASINI

AHLI BSMM :

1.    ANDERSON DOM
2.    ANDRE SILUS
3.    ANDY JUTAIM
4.    ARNETT DONATUS ANTHONY
5.    CHEONG KHUNG TZE
6.    DANIEL BIN SALA
7.    ANDRE  BIN SILUS
8.    MOHD SYAFIQ BIN SUHAIBUL
9.    MOHD IQBAL BIN JAULIS
10. PUNG KONG TIN @ MUHAMMAD HAFFIZAL @ RIZAL
11. MARK ANTHONY ALOYSIUS
12. MUHAMMAD AI ZAM BIN MOHD MONI
13. MOHAMAD HASNOR BIN MOHD HASIM
14. MUHD HAFIYUDDIN BIN MSNNANI
15. MOHD SYAFIEE BIN MOHD HASIM
16. MOHD HUSAINI BIN ABU HASSAN
17. MOHD NAIM BIN ASMARA
18. RENDY GIBSON ANAK TAKOK
19. RHODEON RUPERT LAUDI
20. SHAHIRAH ZAINAB BT ABD RAHMAN
21. CHEONG KHUNG TZE

PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.

KESAKSAMAAN
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

KEBERKECUALIAAN
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi.



KEBEBASAN
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

KHIDMAT SUKARELA
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.


KETUNGGALAN
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar akan taat setia kepada Duli Yang Maha Muli Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong dan pemerintah -pemerintah di negeri kami. Berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara.
Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lain-lain undang-undang serta arahan Persatuan walau di mana kami berada.
Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan kepada prinsip bulan Sabit Merah seperti berikut :
Kemanusiaan
Saksama
Berkecuali
Kebebasan
Khidmat Sukarela
Perpaduan
Sedunia

LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)


LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik : Dato’ Dol Ramli
Lagu : Dato’ Johari Salleh
“Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia was first played in a ceremony 1975 to commemorate the change of name of the Society from the Malaysian Red Cross Society to the Malaysian Red Crescent Society”

Sejarah Palang Merah & Bulan Sabit Merah di Dunia


Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:
  1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang.
  2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.
  3. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
PENGASAS
Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya 'A Memory of Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.
Buku itu mencadangkan :
Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu .
Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Palang_Merah_dan_Bulan_Sabit_Merah_Antarabangsa