Tuesday 14 February 2012

Sejarah Ringkas BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

SEJARAH

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:

1.    Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf  cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
2.    Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada  1 Julai 1965.
Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162). Sumber : http://www.redcrescent.org.my/sejarah.html