PRINSIP-PRINSIP
ASAS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
KEMANUSIAAN
Pergerakan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi
pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua
ianya wujud. Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat
menghormati sesama manusia. Ia mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama
dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
KESAKSAMAAN
Tidak
membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya.
Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan
kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.
KEBERKECUALIAAN
Untuk
terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi
mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak
plitik, perkauman, agama dan ideologi.
KEBEBASAN
Walaupun
berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada
undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh
bertindak mengikut prinsip pergerakan.
KHIDMAT SUKARELA
Ia
berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.
KETUNGGALAN
Hanya
ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara.
Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi
seluruh negara.
KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai
taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu
sama lain.
Gud job
ReplyDeleteterima kasih atas info
ReplyDeleteThanks for the info,might help for juniors
ReplyDeleteThank you for the info.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLIKE MEEE!!!!!!
ReplyDeleteHii
ReplyDeleteMoga info ni sentiasa dirujuk utk pengetahuan am.
ReplyDelete????
ReplyDeletetdk bermanfaat
ReplyDelete