Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela
yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada
tahun 1957 dan Persatuan Palang
Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
SEJARAH
Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan
Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak
cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun
1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia
dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan
mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan
Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali
sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah
bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan
Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang
Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia
telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan
kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.
AKTA PERTUBUHAN
Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan
di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:
1.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung
bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta
Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of
Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan
dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
2.
Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia
dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada
tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan
Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh
Malaysia pada 1 Julai 1965.
Pada
tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent
Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran
Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162). Sumber : http://www.redcrescent.org.my/sejarah.html